|
Buah teen kering mengandungi kurang air dibandingkan dengan buah teen yang segar iaitu lebih kurang 23%. Buah teen kering juga membekalkan enam kali lebih banyak kalori daripada buah yang segar. Pengeringan buah teen mengakibatkan pemekatan nutrisi didalamnya yang mana ianya menjadi lebih kaya dengan protin, lemak, karbohidrat. vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah.
|
Nilai nutrisi didalam buah teen kering:
Nutrisi
| |
Protin gm
|
4.3
|
Lemak gm
|
1.3
|
Mineral gm
|
2.4
|
Serat gm
|
5.6
|
Karbohidrat gm
|
63.4
|
Tenaga kcal
|
274
|
Kalsium mg
|
126
|
Forforus mg
|
77
|
Zat besi mg
|
3
|
Vitamin C mg
|
1
|
KHASIAT BUAH TIN
Di dalam kitab Tafsir al Munir tulisan Dr Wahbah az Zuhaili; seorang tokoh ulamak di bumi Syam as Syarif.mentafsir surah at Tin .Di dalam kitab tersebut, penulis ada menyatakan bahawa buah tin ini mempunyai 1001 rahsia penyembuhan... Antara penyakit yang boleh diikhtiarkan penyembuhannya melalui pengambilan buah tin secara konsisten dua kali sehari paling kurang selama 40 hari adalah:
- Membersihkan buah pinggang dan rawatan buah pinggang yang rosak
- Mengurangkan kepanasan badan ketika demam.
- Memecahkan batu karang di dalam badan.
- Menyegarkan badan yang lesu.
- Mengeluarkan toksin dan racun dalam badan.
- Rawatan buasir.
- Meredakan sakit kulit seperti ruam, panau dll.
- Rawatan penyakit GOUT
No comments:
Post a Comment